Author: cek.mis@h
•11:13 AM
Assalamualaikum w.b.t

Salam ilhya ramadhan untuk semua, semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan terbaik untuk kita semua. Jadikan ramadhan ini umpama ramadhan terakhir kita. Oleh itu sentiasalah tingkatkan ketakwaan dan bersedekahlah kerana sebaik- baik sedekah adalah bersedekah di bulan ramadhan dan sebaik- baik amalan adalah dilakukan semasa bulan ramadhan.

Indah kan ramadhan? kerana pada bulan ini segala amalan yang dilakukan adalah berlipatganda pahalanya. Muhasabahkan diri untuk mengejar keistimewaan bulan ini dengan mengumpul sebanyak mana yang boleh agar hidup tidak sia- sia andai malaikat maut menjemput.

Malam lailatul qadar, malam penuh barakah namun kita tidak tahu bila kita menemuinya, yang pasti kita andaikan semua malam itu umpama malam lailatul qadar. Jikalau kita menganggap 10 malam terakhir ramadhan itu merupakan malam yang terdapatnya lailatul qadar maka hanya pada malam itu sahaja kita bertahujjud dan bermujahadah dengan bersungguh tetapi di lain malamnya dikurang sedikit amalannya adakah itu yang dituntut? TIDAK sama sekali. Tetapi bagi yang mempunyai iman yang utuh itu bukan masalah namun bagi kita yang mempunyai iman senipis kulit bawang ini perlulah berusaha sepanjang ramadhan dengan beribadat penuh keikhlasan dan tawadduk yang tinggi agar segala amal kita dapat menyeimbangi dosa- dosa selama ini.

Ya Allah berkatilah segala amalan dan tindak- tanduk ku agar tidak terpesong dari ajaran- MU. Seandainya aku terpesong maka bawalah aku kembali kepada-Mu ya Allah. Sesungguhnya aku ini hamba yang lemah yang sangat bergantung kepada-MU ya Allah. Berikanlah dan jadikanlah hidupku ini penuh keberkatan dan keredhaan dari-Mu ya Allah kerana sesungguhnya hidup ini adalah ujian untukku.

AMIN ya rabbalalamin.
Author: cek.mis@h
•9:59 PM
bismillahhirrahmanirrahim...............

ari ni da start cuti chinese new year patutnya rs hepi tp lain plk rsnya x buat keja. Bosan sgt2....rekod kehadiran tuk kelas tak anta lg...ingat nak anta ari ni tp kawan wat kenduri kawen so p la tlg apa yg patut. Rancang petang tadi p anta tp hujan plk emm cancel lg plan ari ni. So esk pg la anta benda ni.....tup2 dpt brita nak rombak plak n yg plg x suka nama aq naik tuk trn pagi emmm harap2 x jd la. X best la turun pg x ramai kawan n tak happening langsung lbh byk tekanan adalah.....

Tp apakan daya klo mmg btol la desas- desus 2 trima je la kn da t'jawab tp ati ku mmg x nak...ya Allah jika itulah yg terbaik untukku redhailah.....

Em problema 2 lipat baik2 dlu....cuti yg ada ni guna sehabis baik bla lg dpt cuti kn..pesan lect ku dlu klo time keja wat keja time cuti kna guna sebaik-baiknya cz ms akn dtg x tau bla cuti yg x diganggu....

So p mn cuti ni...jeng2 jalan2 org single la katakan...hehe