Author: cek.mis@h
•9:46 AM

Assalamualaikum wbt

Hari ini semangat lepas habis walking & jogging di Taman Katak...balik rumah terfikir memori umrah 2015 bersama parents.. so nak abadikan dekat blog ni secara tidak langsung boleh kurangkan gambar dekat Hp 😜.

Sebenarnya sudah lama mahu buat umrah tetapi memandangkan tidak cukup umur lagi untuk pergi sendiri, sebab kerajaan Arab Saudi tetapkan umur 45 tahun baru boleh pergi tanpa mahram. So sejak 2014 lagi sudah bagi hint dekat bapa untuk pergi bersama. Mak pula tidak jadi masalah sebab dia memang nak pergi pun...bermula la aktiviti memujuk sampailah mei 2015... bapa setuju. zapppz terus pi booking pakej umrah untuk dec (musim sejuk- 11 - 21hb) dengan TH sebab fikir keselesaan jika bawa orang tua. Alhamdulillah Ya Allah terima kasih atas jemputan-MU.

10 Dec 2015
      Bermulalah perjalanan umrah kami dari Lahad Datu - Kota Kinabalu. Semua adik-beradik dan anak- anak sedara hantar ke lapangan terbnag sedih la pulak 😭. Dari Lahad Datu ni kami  (saya, Mak dan bapak) bersama Kak Warite, stay overnite di TH hotel esok paginya baru berjumpa kumpulan lain di lapangan terbang Kota kinabalu untuk bertolak ke Kuala Lumpur.

11 Dec 2015
     Jam 6.30 pagi sudah berkumpul di lapangan terbang Kota Kinabalu untuk taklimat dari TH travel dan pembahagian tag nama serta pasport masing2. Penerbangan akan diteruskan ke Kuala Lumpur kemudian ke Jeddah.

12 Dec 2015
      Dalam jam 9.00 malam kalau tidak silap sampai di Jeddah (da lupa nama airportnya). Suhu sejuk dalam 23°c malam tu. Malam tu kitaorang terus bertolak ke Madinah singgah sebentar di R&R makan bekalan yang diberi dalam bas tadi. Mutawif kami orang Malaysia tapi loghat macam Indonesia mungkin belajar atau pergaulan dengan orang Indonesia yang ramai di sini. Mutawif ni baik dan sangat berpengetahuan serta tidak lokek ilmu selalu senyum dan senang melayan karenah kami (bas no.3 - Sabah).

Ustaz cakap (mutawif..panggil ustaz sahaja senang). insya Allah kita sempat untuk solat Subuh di Masjid Nabawi 😱. Terangnya lagi di sini (Arab Saudi) azan subuh dilaungkan sebanyak 2 kali- 1st sejam sebelum masuk waktu Subuh untuk bangunkan orang ramai sebagai persediaan..kalau dekat Malaysia macam mana agaknya ya.

Kami sampai di hotel semasa azan pertama dikumandangkan...setelah kunci bilik maaing2 diedarkan, kami semua bergegas naik ke bilik masing2 untuk segarkan diri dan bersiap2 untuk ke masjid. Alhamdulillah hotel kami depan pintu sebelah kiri masjid dalam 50 meter sahaja. 

huhu macam dah penat plak mahu menaip dan mengarang ayat... nanti kita sambung lagi yer...

............to be continue............stay tune 😘.......

Author: cek.mis@h
•10:18 PM
                          Assalamualaikum semua 😊

8 Mac 2017....Selamat Hari Wanita untuk semua yang bergelar wanita di luar sana.

hari ini saya berikan dua tugasan untuk pelajar lakukan terhadap Wanita yang bergelar ibu...
  1.  Bagaimana menterjemahkan kasih sayang & penghargaan terhadap Ibu melalui mata pena.
  2.  Menterjemahkan kasih sayang melalui perbuatan... balik rumah peluk erat ibu, bisikan ditelinganya ''í love u'', terima kasih atas segalanya dan memohon maaf atas segalanya.

yang seronoknya bila kita sedang menerangkan dan mengajak mereka melakukan arahan No.2 terlihat beberapa pelajar mengesat air mata...alhamdulillah sedikit sebanyak ia meresap dalam jiwa anak- anak ini.

Arahan no. 1...alhamdulillah anak- anak ini berusaha menyampaikan penghargaan kepada ibu walaupun hanya coretan berbentuk hati.

Ibu harta yang sangat bernilai yang ALLAH berikan kepada seorang anak, waima menyebut nama ibu itu pun sudah mampu melembutkan hati untuk seketika walau di undang rasa marah.

Selalu saya tekankan, dalam apa jua tindakan yang anak- anak ingin ambil, pandang ke cermin dan lihatlah wajah mu...siapa kah di sebalik wajah itu, ya iras- iras ibu dan ayah ada pada wajah mu. Maka ingatlah walau ke mana saja kamu pergi ibu dan ayah sentiasa bersama.

tazkirah di kala ini...............