•9:35 PM
Assalamualaikum semua....
sedang belek- belek entry blog yang lepas- lepas terjumpa plan entry yang masih dalam draf ni... baca punya baca ooo baru teringat entry ni tentang na simpan petikan tazkirah dari seorang pensyarah masa amik DPLI dulu dekat UPSI. Prof Dr.Habib ni salah sorang pensyarah yang saya minat betul masuk kelas dia, sebab setiap yang dia tuturkan mesti dititipkan pesanan yang berbisa, apa orang kata menusuk kalbu lekat terus dekat kepala otak...terkesan doh.
1. Mencintai Ilmu
Salah satu ciri negara maju adalah rakyatnya mencintai ilmu, Malaysia ni matlamatnya untuk menjadi sebuah negara maju tetapi jika dibandingkan dengan Indonesia rakyat kita kurang mencintai ilmu daripada rakyat Indonesia. Walhal dalam setiap ruang kita sentiasa bermegah mencanang seantero dunia bahawa di rantau Asia Tenggara ni kitalah yang paling hebat... tapi bilang menyentuh tentang ilmu...emmm tak tau nak kata apa. Pernah terbaca negara- negara yang rakyatnya paling banyak membaca... kebanyakannya negara- negara yang kurang dari segi pembangunan tapi mereka unggul dalam pembudayaan ilmu. Dari kajian tu, dikatakan purata rakyat Malaysia hanya membaca satu muka surat seminggu. Huhu sedih wei satu muka seminggu macam tak logik kan, Jadi jangan melenting bila baca dapatan kajian ni tapi muhasabah diri bahawa sememangnya kita malas membaca...terutamanya artikel berbentuk ilmu pengetahuan tapi kalau gosip, novel and so on..360 muka surat dalam sehari semalam pun boleh habis siap masuk dalam memori lagi kan...hahaha akula la tu contohnya....peace yo..
2. Masyarakat yang berfikir secara kreatif dan kritis
matlamat pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang cerdik dan sentiasa berfikir, Malangnya...masyarakat yang ada hanya masyarakat yang seperti belatuk mengangguk tanpa banyak menyoal, jika timbul sesuatu isu hanya bertindak menyalahkan orang lain tanpa berusaha mencari jalan penyelesaian...maka jadilah seperti bangau oh bangau. Alih- alaih masalah tidak selesai tapi permusuhan yang timbul sampai berpecah belah. Biasalah itu lah rencah kehidupan tidak lekang dengan masalah. Jadi moralnya ialah kita kena berfikir 2-3 hala jangan hanya pandang satu jalan sahaja. Jika jalan yang dipilih itu tidak mendatangkan hasil maka cuba pulak plan B, kan huruf banyak sampai Z so cubalah guna semua huruf yang ada hahaha gurau je...
ok sampai sini dulu ingatan yang dapat direfresh...haha RAM da sesak