Author: cek.mis@h
•7:38 PM

سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ni saya nak kongsi info tentang kulit yang mempunyai masalah jerawat sama ada teruk atau pun jerawat yang sekali sekala je memunculkan diri tu dengan vitamin E (jenis kegunaan luar).

Ok dalam dua bulan ni kalau tak silap start hujung mei 2018 saya pakai produk cream muka ***. Sepanjang pakai tu syok la rasa sedap je, apalagi bila kena bekerja bawah matahari dalam tempoh lama, muka tk terbakar langsung. Tapikan sejak seminggu ni saya rasa muka saya dah mula naik jerawat- jerawat pasir di semua bahagian muka. Yang mana sebelum ni jerawat hanya akan muncul bila waktu period sahaja 😭.

Oh sebelum tu nak maklumkan kulit saya ni jenis berminyak rupanya (huhu ni pun baru tahu sebab selalu konfius muka normal, kombinasi @ minyak).

Jadi mula la search info penyebab jerawat pasir dan terjumpa la info pasal vitamin E (jenis kegunaan luar yang selalu ada dalam cream @ apa sahaja yang perlu sapuan). Rupanya kulit berminyak + ada masalah jerawat TAK BOLEH guna produk yang mengandungi vitamin E dalam bentuk sapuan @ cream terutamanya dekat muka 😭. 

Kenapa tak boleh?.

Dari keterangan di atas, kita ketahui bahwa pemberian vitamin E dapat mencegah pengeluaran minyak berlebih sehingga dapat membantu mengatasi jerawat karena salah satu penyebab jerawat adalah produksi minyak berlebih, namun yang harus dicatat, fungsi tersebut hanya berlaku untuk penggunaan per oral saja, tidak untuk penggunaan topikal.Biasanya sediaan vitamin E dalam bentuk soft gel seringkali digunakan secara topikal dengan cara mengoleskan isi soft gel ke wajah. Harus diingat sediaan vitamin E adalah dalam bentuk minyak, sehingga jika diaplikasikan pada jenis kulit berminyak, potensi terjadi jerawat justru akan meningkat.

nak lebih faham baca di sini
https://favouritebeautycare.com/apakah-vitamin-e-menyebabkan-jerawat/

Selepas baca dari beberapa website & forum baru la tahu kenapa jerawat tu meraih kat muka saya ni. ok nak pergi beli produk yang serasi dengan kulit ni iaitu xda unsur vitamin E.

Jadi pengajarannya kena banyak membaca, tahu kandungan produk yang nak dipakai tu dan paling2 penting kenali kulit kita.. nak cantik kan kena lah BERILMU ☺.

dan 1 lagi... bila ada masalah tak kira la kecik ke besar refleks kat diri dulu.. tanya diri silap di mana, jangan terus salahkan produk ini, orang ini, si polan dan si polan. Berusaha untuk cari tahu k.

Wassalamu ‘alaikum Wr. Wb.

#sharingIScaring
#umatBERILMU

Author: cek.mis@h
•2:08 PM

Wisata Indonesia ke SUMUT (Sumatera Timur) iaitu Medan.

Kisah perjalanan bermula pada 18/3/2018 baru- baru ni. Bermula dari Lahad Datu ke Lapangan Terbang Tawau kemudian ke KLIA2 dan diteruskan ke Medan iaitu Bandara Kualanamu, Medan. Kami ber'4 dari Lahad Datu (me, Jusna, Kak Patma & kak Zana) meet up dengan Akmi, kakak akmi, 2 org anak buah & mak kak zana so kitaorang 9 orang semua.

Kadar Tukaran RM1 = Rp2.9k
Pakej 4 Hari 3 Malam = RM550
Include
- Hotel & sarapan (1 malam di Brastagi & 2 malam di Tasik Toba)
- Makan > 4x lunch, 3x dinner
- pengangkutan
- bayaran masuk ke tempat pelancongan

exclude
- tiket flite Twu-Kul-Kualanamu
- tips
- Shopping
- Transport LD- Airport Tawau RM150/kereta
- Hotel Zen Rp110k

18.3.2018
Sampai Kualanamu Airport dalam pukul 12 tengah malam selepas AA delay 20 minit. Di airport bas hotel dah tunggu untuk pick up ke Zen Hotel dan lelap.

19.3.2018
- Check out dan tunggu bas pakej kitaorang.
- Aktiviti hari ni mandi- manda di Kolam Abadi dan body rafting ke Air Terjun Tero- tero.

ready to xplore medan... 

pose depan hotel

dah separuh kitaorong rafting

jernihkan kolam abadi ni... memang osem sangat