Author: cek.mis@h
•7:38 PM

سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ni saya nak kongsi info tentang kulit yang mempunyai masalah jerawat sama ada teruk atau pun jerawat yang sekali sekala je memunculkan diri tu dengan vitamin E (jenis kegunaan luar).

Ok dalam dua bulan ni kalau tak silap start hujung mei 2018 saya pakai produk cream muka ***. Sepanjang pakai tu syok la rasa sedap je, apalagi bila kena bekerja bawah matahari dalam tempoh lama, muka tk terbakar langsung. Tapikan sejak seminggu ni saya rasa muka saya dah mula naik jerawat- jerawat pasir di semua bahagian muka. Yang mana sebelum ni jerawat hanya akan muncul bila waktu period sahaja 😭.

Oh sebelum tu nak maklumkan kulit saya ni jenis berminyak rupanya (huhu ni pun baru tahu sebab selalu konfius muka normal, kombinasi @ minyak).

Jadi mula la search info penyebab jerawat pasir dan terjumpa la info pasal vitamin E (jenis kegunaan luar yang selalu ada dalam cream @ apa sahaja yang perlu sapuan). Rupanya kulit berminyak + ada masalah jerawat TAK BOLEH guna produk yang mengandungi vitamin E dalam bentuk sapuan @ cream terutamanya dekat muka 😭. 

Kenapa tak boleh?.

Dari keterangan di atas, kita ketahui bahwa pemberian vitamin E dapat mencegah pengeluaran minyak berlebih sehingga dapat membantu mengatasi jerawat karena salah satu penyebab jerawat adalah produksi minyak berlebih, namun yang harus dicatat, fungsi tersebut hanya berlaku untuk penggunaan per oral saja, tidak untuk penggunaan topikal.Biasanya sediaan vitamin E dalam bentuk soft gel seringkali digunakan secara topikal dengan cara mengoleskan isi soft gel ke wajah. Harus diingat sediaan vitamin E adalah dalam bentuk minyak, sehingga jika diaplikasikan pada jenis kulit berminyak, potensi terjadi jerawat justru akan meningkat.

nak lebih faham baca di sini
https://favouritebeautycare.com/apakah-vitamin-e-menyebabkan-jerawat/

Selepas baca dari beberapa website & forum baru la tahu kenapa jerawat tu meraih kat muka saya ni. ok nak pergi beli produk yang serasi dengan kulit ni iaitu xda unsur vitamin E.

Jadi pengajarannya kena banyak membaca, tahu kandungan produk yang nak dipakai tu dan paling2 penting kenali kulit kita.. nak cantik kan kena lah BERILMU ☺.

dan 1 lagi... bila ada masalah tak kira la kecik ke besar refleks kat diri dulu.. tanya diri silap di mana, jangan terus salahkan produk ini, orang ini, si polan dan si polan. Berusaha untuk cari tahu k.

Wassalamu ‘alaikum Wr. Wb.

#sharingIScaring
#umatBERILMU