Author: cek.mis@h
•5:42 PM

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah da siap semua soalan exam, untuk dua kertas sejarah dan pendidikan moral tingkatan 2 siap dengan skema lagi. Barusan tahun ni aku terajin sikit kuikui.

Hujung minggu ni mo buat apa ya... macam teringin mo makan makanan sedap pulak. Keluar dari bilik komputer dengar kawan lain tengah bincang nak pergi Semporna makan seafood tepi pantai.

Nak join...haha tiba menyertakan diri, tak malu hoho..macam ndak biasa kannnnn 😉.

Ok set kita pegi Restoran Warisan, Semporna... yey rezekilah makan sedap minggu ni...amin

5 Mei 2017 (Sabtu)

Walaupun berubah ahli dalam plan asal tapi rancangan tetap berjalan. Tu yang tak best bila rancang perjalanan mesti di hujung- hujung akan berlaku perubahan yg kekadang sakit jak hati huh. Lebih baik terjah kalau tempat tu dekat, tapi kalau sampai nak naik flite... ha yang ni baru plan sebaiknya. ok geng...orite bagus 👍.

Lepas zohor kitaorang gerak ke Semporna, dalam pukul 3 lebih sampai. Terus pegi restoran warisan untuk penginapan.

Di restoran ni ada sediakan sebuah homestay dan 6 chalet. Homestay dalam Rm180/ semalan dengan 3 bilik, dapur, ruang tamu ala da namanya rumah kan..macam rumah ler. Chalet pulak harga ikut view... dalam Rm100 - Rm120 semalam.

Kitaorang amik yang Rm120 untuk 5 orang masuk. Ok la berbaloi lagi pun malam karang memang nak makan sini pun.

Makan malam amik yang seafood...sotong, udang, ketam, ikan plus sayur, sup jagung dan air jus buah dalam Rm135 untuk 5 orang rasa berbaloi jugak sampai kenyang tak larat nak bangun haha.

Balik bilik lepak dekat beranda sambil layan hanpon masing2, selfie2... sebelum semua da ready tuk tidor...alahai nikmatnya cuti macam ni kan...jalan2, makan2 dan tidur.

6 Mei 2017 (ahad)
Lepas solat subuh terus jenguk keluar...wah air da pasang tinggi pulak tu...jernih lagi. Nak terjun agak2 la jugak awal pagi kot...kot iya pun tak sabar nak mandi laut bertahan la sikit 😇.

Lapar belakang cerita makan dulu cekedis yang beli semalam. Tepat kul 6.30 pagi...air laut da cantik cuma surut cikit...jom terjun 😍. Kalau tak kecut jangan naik kahkah. Kita try dulu yang ada pelantar main2 ambil feeling. Then proceed p tempat yang dalam...tengok bawah wah memang betul- betul dekat tebing dasar laut. Antara pentas benua dengan jurang...emm cuak jugak tapi nak rasa macam mana terjun zuppp masuk dalam...yey akhirnya dalam berani2 takut ku terjun jua untuk dua aras ketinggian...huhu macam ni rasanya orang buat terjunan erk...

Pastu kawan pesan buat la aras paling tinggi plak...hui tak nak aku takut siot...rasa masa terjun tu ragu2 manatau tak timbul2...arwah aku. So main tepi2 je lah yang penting da rasa kan...jangan tamak nanti bala dapat.

Ok da siap...semua perut da berbunyi kelaparan, makan keropok mummies tak lut...kulit pun da kecut so blah la kita siap2 untuk check out dan jalan2 cari makan.

Tengah tunggu turn untuk bersiap sambil bersidar di luar chalet, tiba2 dengar 'tolong...tolong...ada orag lemas' dari kawasan sebelah ah sudah apa kes...tapi kitaorang buat dek sahaja.. ye la manatau gurau2 kan.

Last2 eh macam betul la ada orang lemas. Jom kita p tengok dekat sebelah tu kata kemi.

eh takkan la takda orang tolong tu marin kan ada macam tak gerak pun. Fikir ku.

Dah jom2..
Ya Allah betul la budak lemas...budak2 tadi cakap nama dia Dani. Budak yang cikgu aku bawak bercuti.

Keadaan cemas, beberapa orang lelaki angkat budak tu p kawasan dekat parking berumput pastu tinggikan bahagian kaki untuk tolong keluarkan air dari badan.

Setelah beberapa ketika barulah abang askar tu buat CPR... yang sorang lagi da siap tekan2 dada budak tu...kluar la air dari mulut dan hidung beserta darah. Datang vigo marin dan terus bawa Dani ke hospital terdekat. Ya Allah selamatkanlah anak itu dan panjangkanlah umurnya..amin ya rabb. doa ku dalam hati.

Ok semua da siap2 dan check out...kitaorang gerak p cari makanan dalam hujan. Singgah la di restoran Melanu. Order la apa yang mengenyangkan...kemudian teruskan untuk mencari cendera kenangan. So bergerak la ke Flooting dekat pekan tu...tinjau2 dan beli la apa yang patut. Tapi saya x beli sebab tak teringin pulak haha. Temankan sahabat yang lain je lah.

Jam 11.30 tengah hari, kitaorang pun gerak pulang lalu jalan pintas melalui jalan Semporna - Kunak.

Di Kunak singgah sekejap isi minyak dan isi perut untuk makan tengahari. Restoran Nasi Payau dekat simpang empat jadi pilihan.

Author: cek.mis@h
•9:35 PM
Assalamualaikum semua....

sedang belek- belek entry blog yang lepas- lepas terjumpa plan entry yang masih dalam draf ni... baca punya baca ooo baru teringat entry ni tentang na simpan petikan tazkirah dari seorang pensyarah masa amik DPLI dulu dekat UPSI. Prof Dr.Habib ni salah sorang pensyarah yang saya minat betul masuk kelas dia, sebab setiap yang dia tuturkan mesti dititipkan pesanan yang berbisa, apa orang kata menusuk kalbu lekat terus dekat kepala otak...terkesan doh.

1. Mencintai Ilmu

Salah satu ciri negara maju adalah rakyatnya mencintai ilmu, Malaysia ni matlamatnya untuk menjadi sebuah negara maju tetapi jika dibandingkan dengan Indonesia rakyat kita kurang mencintai ilmu daripada rakyat Indonesia. Walhal dalam setiap ruang kita sentiasa bermegah mencanang seantero dunia bahawa di rantau Asia Tenggara ni kitalah yang paling hebat... tapi bilang menyentuh tentang ilmu...emmm tak tau nak kata apa. Pernah terbaca negara- negara yang rakyatnya paling banyak membaca... kebanyakannya negara- negara yang kurang dari segi pembangunan tapi mereka unggul dalam pembudayaan ilmu. Dari kajian tu, dikatakan purata rakyat Malaysia hanya membaca satu muka surat seminggu. Huhu sedih wei satu muka seminggu macam tak logik kan,  Jadi jangan melenting bila baca dapatan kajian ni tapi muhasabah diri bahawa sememangnya kita malas membaca...terutamanya artikel berbentuk ilmu pengetahuan tapi kalau gosip, novel and so on..360 muka surat dalam sehari semalam pun boleh habis siap masuk dalam memori lagi kan...hahaha akula la tu contohnya....peace yo..

2. Masyarakat yang berfikir secara kreatif dan kritis
matlamat pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang cerdik dan sentiasa berfikir, Malangnya...masyarakat yang ada hanya masyarakat yang seperti belatuk mengangguk tanpa banyak menyoal, jika timbul sesuatu isu hanya bertindak menyalahkan orang lain tanpa berusaha mencari jalan penyelesaian...maka jadilah seperti bangau oh bangau. Alih- alaih masalah tidak selesai tapi permusuhan yang timbul sampai berpecah belah. Biasalah itu lah rencah kehidupan tidak lekang dengan masalah. Jadi moralnya ialah kita kena berfikir 2-3 hala jangan hanya pandang satu jalan sahaja. Jika jalan yang dipilih itu tidak mendatangkan hasil maka cuba pulak plan B, kan huruf banyak sampai Z so cubalah guna semua huruf yang ada hahaha gurau je...

ok sampai sini dulu ingatan yang dapat direfresh...haha RAM da sesak
Author: cek.mis@h
•9:11 PM
Bismillahirahmanirrahim....
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, entry kali ni nak bercerita tentang CUKAI PENDAPATAN... biasalah bila bulan April tiba je semua sudah bersedia dengan resit2 dan segala dokumen untuk membayar cukai pendapatan masing2 termasuk la saya hehehe. Cukai wajib bayar tau untuk bantu orang lain dari segi pembangunan seimbang yang akan dinikmati bersama2 orang lain... dari segi kesamarataan pelaksanaan cukai untuk pembangunan tu komen2 semua letak tepi yang penting laksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang baik .
Ok bila sebut nak bayar cukai, kita mula mengeluh macam mana nak bayar cukai padahal banyak lagi perbelanjaan kita nak tanggung...ringkasnya macam mana nak kurangkan jumlah cukai yang nak kena bayar tu. Jadi di sini saya kongsikan apa benda yang boleh bantu kita mengurangkan jumlah cukai pendapatan... kurangkan ya bukan mengelak......so yang paling ramai orang buat terutamanya yang muslim ialah tinggikan nilai ZAKAT... selain tu apalagi? Jom kita semak bersama...







ok...harap info ni dapat bantu anda untuk mengurangkan kadar cukai
Author: cek.mis@h
•9:46 AM

Assalamualaikum wbt

Hari ini semangat lepas habis walking & jogging di Taman Katak...balik rumah terfikir memori umrah 2015 bersama parents.. so nak abadikan dekat blog ni secara tidak langsung boleh kurangkan gambar dekat Hp 😜.

Sebenarnya sudah lama mahu buat umrah tetapi memandangkan tidak cukup umur lagi untuk pergi sendiri, sebab kerajaan Arab Saudi tetapkan umur 45 tahun baru boleh pergi tanpa mahram. So sejak 2014 lagi sudah bagi hint dekat bapa untuk pergi bersama. Mak pula tidak jadi masalah sebab dia memang nak pergi pun...bermula la aktiviti memujuk sampailah mei 2015... bapa setuju. zapppz terus pi booking pakej umrah untuk dec (musim sejuk- 11 - 21hb) dengan TH sebab fikir keselesaan jika bawa orang tua. Alhamdulillah Ya Allah terima kasih atas jemputan-MU.

10 Dec 2015
      Bermulalah perjalanan umrah kami dari Lahad Datu - Kota Kinabalu. Semua adik-beradik dan anak- anak sedara hantar ke lapangan terbnag sedih la pulak 😭. Dari Lahad Datu ni kami  (saya, Mak dan bapak) bersama Kak Warite, stay overnite di TH hotel esok paginya baru berjumpa kumpulan lain di lapangan terbang Kota kinabalu untuk bertolak ke Kuala Lumpur.

11 Dec 2015
     Jam 6.30 pagi sudah berkumpul di lapangan terbang Kota Kinabalu untuk taklimat dari TH travel dan pembahagian tag nama serta pasport masing2. Penerbangan akan diteruskan ke Kuala Lumpur kemudian ke Jeddah.

12 Dec 2015
      Dalam jam 9.00 malam kalau tidak silap sampai di Jeddah (da lupa nama airportnya). Suhu sejuk dalam 23°c malam tu. Malam tu kitaorang terus bertolak ke Madinah singgah sebentar di R&R makan bekalan yang diberi dalam bas tadi. Mutawif kami orang Malaysia tapi loghat macam Indonesia mungkin belajar atau pergaulan dengan orang Indonesia yang ramai di sini. Mutawif ni baik dan sangat berpengetahuan serta tidak lokek ilmu selalu senyum dan senang melayan karenah kami (bas no.3 - Sabah).

Ustaz cakap (mutawif..panggil ustaz sahaja senang). insya Allah kita sempat untuk solat Subuh di Masjid Nabawi 😱. Terangnya lagi di sini (Arab Saudi) azan subuh dilaungkan sebanyak 2 kali- 1st sejam sebelum masuk waktu Subuh untuk bangunkan orang ramai sebagai persediaan..kalau dekat Malaysia macam mana agaknya ya.

Kami sampai di hotel semasa azan pertama dikumandangkan...setelah kunci bilik maaing2 diedarkan, kami semua bergegas naik ke bilik masing2 untuk segarkan diri dan bersiap2 untuk ke masjid. Alhamdulillah hotel kami depan pintu sebelah kiri masjid dalam 50 meter sahaja. 

huhu macam dah penat plak mahu menaip dan mengarang ayat... nanti kita sambung lagi yer...

............to be continue............stay tune 😘.......

Author: cek.mis@h
•10:18 PM
                          Assalamualaikum semua 😊

8 Mac 2017....Selamat Hari Wanita untuk semua yang bergelar wanita di luar sana.

hari ini saya berikan dua tugasan untuk pelajar lakukan terhadap Wanita yang bergelar ibu...
  1.  Bagaimana menterjemahkan kasih sayang & penghargaan terhadap Ibu melalui mata pena.
  2.  Menterjemahkan kasih sayang melalui perbuatan... balik rumah peluk erat ibu, bisikan ditelinganya ''í love u'', terima kasih atas segalanya dan memohon maaf atas segalanya.

yang seronoknya bila kita sedang menerangkan dan mengajak mereka melakukan arahan No.2 terlihat beberapa pelajar mengesat air mata...alhamdulillah sedikit sebanyak ia meresap dalam jiwa anak- anak ini.

Arahan no. 1...alhamdulillah anak- anak ini berusaha menyampaikan penghargaan kepada ibu walaupun hanya coretan berbentuk hati.

Ibu harta yang sangat bernilai yang ALLAH berikan kepada seorang anak, waima menyebut nama ibu itu pun sudah mampu melembutkan hati untuk seketika walau di undang rasa marah.

Selalu saya tekankan, dalam apa jua tindakan yang anak- anak ingin ambil, pandang ke cermin dan lihatlah wajah mu...siapa kah di sebalik wajah itu, ya iras- iras ibu dan ayah ada pada wajah mu. Maka ingatlah walau ke mana saja kamu pergi ibu dan ayah sentiasa bersama.

tazkirah di kala ini...............