Author: cek.mis@h
•5:42 PM

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah da siap semua soalan exam, untuk dua kertas sejarah dan pendidikan moral tingkatan 2 siap dengan skema lagi. Barusan tahun ni aku terajin sikit kuikui.

Hujung minggu ni mo buat apa ya... macam teringin mo makan makanan sedap pulak. Keluar dari bilik komputer dengar kawan lain tengah bincang nak pergi Semporna makan seafood tepi pantai.

Nak join...haha tiba menyertakan diri, tak malu hoho..macam ndak biasa kannnnn 😉.

Ok set kita pegi Restoran Warisan, Semporna... yey rezekilah makan sedap minggu ni...amin

5 Mei 2017 (Sabtu)

Walaupun berubah ahli dalam plan asal tapi rancangan tetap berjalan. Tu yang tak best bila rancang perjalanan mesti di hujung- hujung akan berlaku perubahan yg kekadang sakit jak hati huh. Lebih baik terjah kalau tempat tu dekat, tapi kalau sampai nak naik flite... ha yang ni baru plan sebaiknya. ok geng...orite bagus 👍.

Lepas zohor kitaorang gerak ke Semporna, dalam pukul 3 lebih sampai. Terus pegi restoran warisan untuk penginapan.

Di restoran ni ada sediakan sebuah homestay dan 6 chalet. Homestay dalam Rm180/ semalan dengan 3 bilik, dapur, ruang tamu ala da namanya rumah kan..macam rumah ler. Chalet pulak harga ikut view... dalam Rm100 - Rm120 semalam.

Kitaorang amik yang Rm120 untuk 5 orang masuk. Ok la berbaloi lagi pun malam karang memang nak makan sini pun.

Makan malam amik yang seafood...sotong, udang, ketam, ikan plus sayur, sup jagung dan air jus buah dalam Rm135 untuk 5 orang rasa berbaloi jugak sampai kenyang tak larat nak bangun haha.

Balik bilik lepak dekat beranda sambil layan hanpon masing2, selfie2... sebelum semua da ready tuk tidor...alahai nikmatnya cuti macam ni kan...jalan2, makan2 dan tidur.

6 Mei 2017 (ahad)
Lepas solat subuh terus jenguk keluar...wah air da pasang tinggi pulak tu...jernih lagi. Nak terjun agak2 la jugak awal pagi kot...kot iya pun tak sabar nak mandi laut bertahan la sikit 😇.

Lapar belakang cerita makan dulu cekedis yang beli semalam. Tepat kul 6.30 pagi...air laut da cantik cuma surut cikit...jom terjun 😍. Kalau tak kecut jangan naik kahkah. Kita try dulu yang ada pelantar main2 ambil feeling. Then proceed p tempat yang dalam...tengok bawah wah memang betul- betul dekat tebing dasar laut. Antara pentas benua dengan jurang...emm cuak jugak tapi nak rasa macam mana terjun zuppp masuk dalam...yey akhirnya dalam berani2 takut ku terjun jua untuk dua aras ketinggian...huhu macam ni rasanya orang buat terjunan erk...

Pastu kawan pesan buat la aras paling tinggi plak...hui tak nak aku takut siot...rasa masa terjun tu ragu2 manatau tak timbul2...arwah aku. So main tepi2 je lah yang penting da rasa kan...jangan tamak nanti bala dapat.

Ok da siap...semua perut da berbunyi kelaparan, makan keropok mummies tak lut...kulit pun da kecut so blah la kita siap2 untuk check out dan jalan2 cari makan.

Tengah tunggu turn untuk bersiap sambil bersidar di luar chalet, tiba2 dengar 'tolong...tolong...ada orag lemas' dari kawasan sebelah ah sudah apa kes...tapi kitaorang buat dek sahaja.. ye la manatau gurau2 kan.

Last2 eh macam betul la ada orang lemas. Jom kita p tengok dekat sebelah tu kata kemi.

eh takkan la takda orang tolong tu marin kan ada macam tak gerak pun. Fikir ku.

Dah jom2..
Ya Allah betul la budak lemas...budak2 tadi cakap nama dia Dani. Budak yang cikgu aku bawak bercuti.

Keadaan cemas, beberapa orang lelaki angkat budak tu p kawasan dekat parking berumput pastu tinggikan bahagian kaki untuk tolong keluarkan air dari badan.

Setelah beberapa ketika barulah abang askar tu buat CPR... yang sorang lagi da siap tekan2 dada budak tu...kluar la air dari mulut dan hidung beserta darah. Datang vigo marin dan terus bawa Dani ke hospital terdekat. Ya Allah selamatkanlah anak itu dan panjangkanlah umurnya..amin ya rabb. doa ku dalam hati.

Ok semua da siap2 dan check out...kitaorang gerak p cari makanan dalam hujan. Singgah la di restoran Melanu. Order la apa yang mengenyangkan...kemudian teruskan untuk mencari cendera kenangan. So bergerak la ke Flooting dekat pekan tu...tinjau2 dan beli la apa yang patut. Tapi saya x beli sebab tak teringin pulak haha. Temankan sahabat yang lain je lah.

Jam 11.30 tengah hari, kitaorang pun gerak pulang lalu jalan pintas melalui jalan Semporna - Kunak.

Di Kunak singgah sekejap isi minyak dan isi perut untuk makan tengahari. Restoran Nasi Payau dekat simpang empat jadi pilihan.

|
This entry was posted on 5:42 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: