Author: cek.mis@h
•4:45 PM
hye...

let's share how Japanese women don't get old or fat by Naomi Moriyama ..

1. Makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

2. Sajian makanan adalah kecil.

3. Sup miso menjadi sajian sarapan utama.

4. Memasak secara sederhana.

5. Nasi menggantikan roti.

6. Hanya jamah makanan pencuci mulut.

7. Wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.

Last, makan dengan "MATA"....maksudnya setiap hidangan itu harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.

"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.

So....'sharing is caring'
Author: cek.mis@h
•12:22 AM


Assalamulaikum,


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Untuk itu, selagi masih ada hayat dikandung badan, selagi detak jantung belum berhenti, izinkan saya untuk memohon maaf kepada sahabat sekalian atas segala khilaf selama mengenali anda semua. Semoga Allah masih memberikan kesempatan untuk kita berjumpa dengan ramadhan yang akan datang. Amin

Layarilah ramadhan ini dengan penuh keinsafan semoga Allah merahmati kita selalu


Salam ramadhan dari saya, Misariah....

Author: cek.mis@h
•9:41 AM


salam semua...

Krisis dan masalah pembantu rumah yang x habis2 menyebabkan pelbagai pihak memberi pelbagai cadangan bagi menarik minat org tempatan tuk menceburi kerjaya nie. Baru2 nie terbaca kat paper, pekerjaan pembantu rumah akan diberi nafas baru dengan pemberian pelbagai intensif seperti penetapan gaji minimum, cuti tahunan, caruman KWSP, PERKESO, elaun sara hidup (COLA) dan baju seragam (siap nk masukkan dalam Akta Pekerjaan 1955 tu), peh kalo camni aq pun nak jd pembantu rumah la. Siap nk wat institusi tuk meningkatkan kemahiran dalam menguus rumah tangga 2. Wow pas ni pembantu rumah dah ada sijil cam sijil poli dan institut kemahiran 2. emmm interesting punya cadangan. Tp masalahnya, nak ke org kita ni? besa la org kita nie kan memilih sgt psl keje...demand tinggi tp x sedar kemahiran dan pengalaman tu lbh ptg dari kelulusan yg tertera kat segulung sijil or diploma or degree 2. Ye la time blaja sume berpaksikan nak lulus exam semata2 cz bla result kuar mesti orang akan tanya berapa 'A' @pun berapa 'pointer'.

Berbalik pada perbincangan kita pasal pembantu rumah...walaupun ada di kalangan orang kita nie yang nak jadi pembantu rumah tp mak aii demand jgk xnak majikan yg ramai anak la, keje kat rumah besar la, pas2 nk jaga ank majikan je xnak wat keje rumah ataupun nak keje rumah tp xnak jaga anak. so jadilah pengkhususan pekerjaan kat dalam satu rumah. Tp bla di fikir- fikir balik kenapa benda nie berlaku? camna nak ubah mentaliti orang kita ni terhadap pekerjaan ni? so sama2 la kita fikirkan ye...cz jawapan ada kat diri sendiri...emm ble jd satu kajian nie kan?


Author: cek.mis@h
•5:38 PM
Salam tuk semua...

Alhamdulillah x sampai sebulan lg kita akan menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan sekarang nie masih menyusuri bulan syaaban yang penuh dengan kerahmatan. Apabila menjelmanya bulan ramadhan je mesti teringat juadah yang dijual kat bazar ramadhan @ sungkai (istilah kat Sabah). Tp selain dari itu yang paling utama adalah solat terawikh di malam hari... malam yang dinanti-natikan oleh semua umat islam coz pada malam itu lah terdapatnya satu malam yang dianggap terlalu istimewa iaitu penghulu segala malam yakni 'malam Lailatul Qadar'. So untuk renungan anda dan saya apa kata kita kongsi bersama fadhilat solat terawikh sepanjang bulan ramadhan yang bakal menampakkan sirnanya. Selamat menyambut bulan ramadhan al- mubarak dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan semoga bulan ramadhan yang akan menjelma ini adalah yang terbaik anda manfaatkan kerana kita tidak tahu masihkah ada ramadhan untuk kita selepas ini...insya-Allah jika umur kita masih panjang...

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

Malam 1 :
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 :
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"