•9:41 AM
salam semua...
Krisis dan masalah pembantu rumah yang x habis2 menyebabkan pelbagai pihak memberi pelbagai cadangan bagi menarik minat org tempatan tuk menceburi kerjaya nie. Baru2 nie terbaca kat paper, pekerjaan pembantu rumah akan diberi nafas baru dengan pemberian pelbagai intensif seperti penetapan gaji minimum, cuti tahunan, caruman KWSP, PERKESO, elaun sara hidup (COLA) dan baju seragam (siap nk masukkan dalam Akta Pekerjaan 1955 tu), peh kalo camni aq pun nak jd pembantu rumah la. Siap nk wat institusi tuk meningkatkan kemahiran dalam menguus rumah tangga 2. Wow pas ni pembantu rumah dah ada sijil cam sijil poli dan institut kemahiran 2. emmm interesting punya cadangan. Tp masalahnya, nak ke org kita ni? besa la org kita nie kan memilih sgt psl keje...demand tinggi tp x sedar kemahiran dan pengalaman tu lbh ptg dari kelulusan yg tertera kat segulung sijil or diploma or degree 2. Ye la time blaja sume berpaksikan nak lulus exam semata2 cz bla result kuar mesti orang akan tanya berapa 'A' @pun berapa 'pointer'.
Berbalik pada perbincangan kita pasal pembantu rumah...walaupun ada di kalangan orang kita nie yang nak jadi pembantu rumah tp mak aii demand jgk xnak majikan yg ramai anak la, keje kat rumah besar la, pas2 nk jaga ank majikan je xnak wat keje rumah ataupun nak keje rumah tp xnak jaga anak. so jadilah pengkhususan pekerjaan kat dalam satu rumah. Tp bla di fikir- fikir balik kenapa benda nie berlaku? camna nak ubah mentaliti orang kita ni terhadap pekerjaan ni? so sama2 la kita fikirkan ye...cz jawapan ada kat diri sendiri...emm ble jd satu kajian nie kan?
-life-
|

1 comments:
manusia sekarang semakin pelik2..